klik disini

Thursday, February 24, 2011

Nabi Isa akan Muncul Sebagai Manusia yang Terhebat Didunia

Beratus-ratus laman web dari seluruh dunia menceritakan dan menghebahkan tentang Dajjal atau Antichrist ini. Setiap pendedahan yang dinyatakan boleh disimpulkan kepada beberapa perkara:

  • Keupayaan Dajjal meracuni pemikiran umat manusia sejak tahun 1800.
  • Keupayaan konco-konco Dajjal menguasai ekonomi dunia.
  • Keupayaan organisasi-organisasi sulit Dajjal menguasai pemerintahan dalaman setiap negara di dunia.
  • Keupayaan agen-agen Dajjal menggunakan teknologi terkini dalam meneroka dunia angkasa melalui UFO.
Kesimpulannya, Dajjal yang kita kenali itu merupakan manusia yang maju gaya pemikirannya. Seperti kata Muhammad Isa Dawud, “….dia adalah anak yang genius..

Tapi kita terlupa akan seseorang yang ditakdirkan akan melawannya…
Iaitu Nabi Isa a.s.

Ciri-Ciri Manusia Maju

Dajjal dikatakan maju dan menguasai segala ilmu disebabkan perkara-perkara berikut:
  • Hidup terlalu lama sejak sebelum kelahiran Nabi Musa.
  • Telah merantau seluruh pelusuk dunia sejak beribu-ribu tahun.
  • Mempelajari pelbagai bahasa di dunia.
  • Melihat sendiri perkembangan tamadun masyarakat dunia.
  • Mengetahui selok-belok tempat di dunia.
  • Dan lain-lain lagi…
Maka, saya percaya Nabi Isa a.s. yang ditakdirkan Allah SWT untuk melawan Dajjal dibekalkan juga dengan perkara-perkara berikut:
  • Kemajuan pemikiran dan teknologi setanding atau lebih daripada Dajjal.
  • Kekuasaan ilmu teknologi moden yang melampaui pemikiran manusia.
  • Strategi peperangan yang lebih maju.
Nabi Isa adalah manusia maju yang bakal diturunkan Allah SWT sesuai dengan tempoh masa hidupnya yang lama seperti Dajjal. Adakah Allah akan menurunkan hamba-Nya ini dengan tangan kosong sahaja untuk melawan makhluk termaju..?

Apa yang perlu dibimbangi?

Sebagai umat Islam, saya amat bimbang tentang tiga perkara:
  • Pada ketika Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat, tiada seorang pun tahu ia adalah Dajjal. mungkin disebabkan wajahnya telah diubah.
  • Pada ketika munculnya Imam Mahdi, tiada seorang pun sedar dia adalah Imam Mahdi kecuali orang-orang tertentu yang ditakdirkan Allah sahaja.
  • Pada ketika turunnya Nabi Isa, tiada seorang pun sedar ia adalah Nabi Isa kerana ketika itu manusia berada dalam keadaan jahil dan sentiasa merasakan dunia masih lagi bukan era akhir zaman.
Apabila membaca hadith Rasulullah SAW, kita mungkin hanya berfikir Nabi Isa turun dari langit kemudian terus membunuh Dajjal. Anggapan sebegini mungkin timbul kerana hadith berikut ringkas sahaja dan kita akan mengandaikan kejadian tersebut hanya berlaku sekejap sahaja.

Tetapi sebaliknya, kemungkinan kejadian tersebut lebih lama dari yang kita dijangkakan.

Wallahu’alam….

Tuesday, February 22, 2011

List 10 Orang Terkaya Di Malaysia 2011 Yang Di Register

Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan kerajaan pegangan ekuiti bumiputera dalam pasaran modal kini mencecah 22% berbanding sasaran 30%. Bumiputera adalah penduduk majoriti Malaysia tetapi ketinggalan dalam bidang ekonomi. Majoriti pegangan ekuiti 22% adalah dari agensi bumiputera yang diuruskan oleh kerajaan seperti PNB dan Tabunghaji. bukan dari pegangan individu.
    Ada orang kata bangsa Cina lebih mahir berniaga kerana mereka tidak diberi hak untuk bekerja dalam sektor awam tetapi diberi kebebasan untuk berniaga jadi semenjak kecil telah dididik dan hidup dalam suasana berniaga. Orang Melayu diberi kebebasan bekerja dalam sektor awam jadi mereka dari kecil dah rasa selamat pekerjaan sentiasa menanti mereka. Orang Melayu sibuk berpolitik sehingga apa juga aktiviti atas muka bumi ini akan dipolitikkan tak kiralah di pejabat hinggalah di mana-mana.
    Berikut senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2011 mengikut pegangan ekuiti dalam pasaran modal :

    1. Robert Kuok – RM50.04 bilion
    2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
    3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
    4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
    5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
    6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
    7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
    8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
    9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
    10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion

    Hanya 3 orang bumiputera tersenarai dalam kategori 50 terbaik Selain Tan Sri Mokhtar hanya Tan Sri Azman Hashim (RM3.93billion) dan Datuk Mokhzani (RM1.6billion) usahawan Bumiputera yang terselit di kalangan puluhan usahawan Bangsa Cina yang tersenarai antara yang terkaya di Malaysia. Budaya cemburu dan suka lihat orang yang berjaya jatuh hilang dalam hidup orang Melayu hendaklah dikikis jauh-jauh

    Sumber: Pelbagai

    Monday, February 21, 2011

    I am Number Four - Official Trailer [HD]


    Acheron ada bercerita tentang sinopsis cerita I am Number Four di blog nie...tapi hari nie Acheron nak bercerita tentang filem terbaru I am Number Four yang bakal keluar 2011 yang antaranya dirakamkan di Malaysia...ada juga cerita Hollywood yang shooting di Malaysia seperti Anna and The King dan juga cerita Hong Kong....ini menunjukkan Malaysia ada beberapa lokasi yang menarik perhatian pengeluar filem terutama di barat...syabasss Malaysia dan yang penting...kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah menjaga kebersihan negara kita

    Peradaban Manusia

    Acheron banyak photo-photo yang menunjukan peradaban manusia akhir zaman nie..tapi rasanya cukuplah satu gambar nie je...mereka diumpama seperti haiwan yang tidak ada langsung sifat malu apa lagi rasa bersalah...sudahlah perlakuan ini dilakukan dikhalayak ramai dan yang peliknya masyarakat disekitar pun rasa macam perlakuan tu dah biasa bagi mereka....

    Wednesday, February 16, 2011

    Rihanna: 2011 BRIT Awards Beautiful



    Rihanna dilihat berjalan dikarpet merah di Brit Awards di London, Inggeris pada hari Selasa (Februari 15).

    The "Umbrella" Ruhanna nampak glamor dan anggun dalam Christian Dior Haute Couture saat ia tiba di Arena O2


    Aside from wowing the crowd with her vocals on stages, dia juga membawa pulang Grammy sendiri untuk Best Dance Recording.

    yoreyore: hello..“The SEASON of the WITCH is Here”

    yoreyore: hello..“The SEASON of the WITCH is Here”

    Tutorial: Lajukan Loading Page pada Blog Anda

    As salam semua, kali ini Acheron nak share sikit tentang cara untuk kurangkan loading time pada blog atau website anda. Kaedah ni berkesan untuk blog yang mempunyai banyak gambar atau page yang panjang.


    Kaedah yang digunakan adalah dengan meletakkan kod JQuery Lazy Load pada blog anda.
     Lazy loader is a jQuery plugin written in JavaScript. It delays loading of images in (long) web pages. Images outside of viewport (visible part of web page) wont be loaded before user scrolls to them. Using lazy load on long web pages containing many large images makes the page load faster. Browser will be in ready state after loading visible images. In some cases it can also help to reduce server load. 


     1st: Login account blogger anda. DASHBOARD --> DESIGN --> EDIT HTML


    2nd: Macam biasa Tick pada EXPAND WIDGET TEMPLATES dan cari code


    3rd: Copy code dibawah dan Paste'kan sebelum code tadi.. (sila rujuk gambar dibawah)





    4: Save template anda dan selesai....

    p/s: jika anda mengalami sebarang masalah, buangkan sahaja kod yang anda letak itu.
    "Selamat mencuba"

    Friday, February 11, 2011

    Memperkenalkan, website GadisComel, siapa yang lagi hot!!!Anda pilih!

    Web ni Acheron rasa perlu diambil perhatian walaupun sangat seronok untuk di klik sambil buat rating terhadap muka gadis-gadis internet ni. The Social Network - Sistem ini serupa macam yang Mark Zuckerberg cipta dulu. Klik pada muka awek yang korang lagi suka. 

    Permainan nya hanyalah kongsikan gambar-gambar menarik anda di blog dan pamerkan untuk di ratingkan oleh orang ramai. Nampak macam suka-suka tapi secara tak langsung ianya akan mendedahkan anda diiplotasi oleh sesetengah orang yang tak bertanggung jawab
    Contoh - Gambar diatas, rasa-rasa yang mana akan mendapat rating tertinggi? yang bertudung atau XXX...sudah tentu jawabannya XXX...so pembaca-pembaca lain akan ghairah untuk meletakkan gambar mereka yang lebih berani(Mungkin bogel terus) hanya untuk mendapat rating tertinggi..Betul tak? Bahaya tuuuu

    So nasihat Acheron untuk adik-adik remaja, janganlah mudah terpedaya dengan permainan ni...ianya untuk memerangkap diri anda sendiri kelak....lindungi gambar anda di sosial network...jangan nanti anda menjadi seperti "Peter @ Luna cUT" atau sesiapa saja yang pernah terpedaya...Apa komen anda

    Wednesday, February 9, 2011

    Beautiful Girls Working For PETA

    Gadis sexy bekerja untuk PETA(PETA adalah satu pertubuhan pencinta binatang-binatang yang berpusat di Norfolk)Ditubuhkan pada tahun 1980, PETA didedikasikan untuk membina dan membela hak-hak semua binatang. PETA beroperasi di bawah prinsip bahawa haiwan tidak kita makan, pakai, percubaan, atau gunakan untuk hiburan. PETA mendidik masyarakat tentang penyalahgunaan haiwan

    Tuesday, February 8, 2011

    Kenapa semut berhenti ketika berjumpa rakan


    Mengapa semut berhenti sekejap ketika bertemu dengan semut yang lain?
    Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.


    Dari eksperimen itu Schneirla menyimpulkan bahawa bahan kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan kawannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Kemudian, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) adakah di kawasan sekitarnya ada makanan ataupun ada musuh.
    Umat Islam pun amat digalakkan bersalam ketika bertemu temannya yang lain. Dengan bersalam biasanya akan bertanya khabar. Dan dengan ini kita boleh mengetahui adanya berita baik atau pun berita buruk.
    Malangnya orang kita sekarang ini terutama di bandar yang saling tidak menyapa antara satu sama lain. Sendrik mau ingat, kenalkah 40 orang jiran di kanan rumah anda, 40 orang di kiri rumah anda, ke depan dan belakang?

    Promote sikit - Isma Hanum

    Aku baca kat MStar tetiba ada nama artis ni. Aku tak kenal sapa ISma Hanum ni. Cuma bila baca baru tau dia ni artis baru yang bakal muncul dengan filem ' Dilarang Masuk'. Selain tu, awek ni ada berlakon banyak drama Katarsis, Ghost 2, 5 Jingga, Incredible Tales, Kekasihku Seru, Frontpage, Kasanova XXL, Wira Siswi, Sutera Maya, Cinta Tiga Segi & Agi Idup Agi Ngelaban. Hahahah. Satu dari drama tu pun tak pernah aku tengok. Mana nak kenal dia ni.

    Tapi mantap tengok gambar ni..

    Monday, February 7, 2011

    Tips buat kolam hiasan disisi rumah

    Cerita dari kawan saya, bagaimana dia memulakan projek buat kolam hiasan!!



    Base dibuat ditahan dengan kau berserta dgn 2" bottom drain.


    Bata dah dinaikkan. Learn from mistakes! Sepatutnya aku dah buat lantai siap2! dan settling chamber patut dah dinaikkan jugak.


    Mula asal nak buat settling chamber guna gelen, lepas tu "berguru" lagi, terpaksa ubah plan..buat konkrit,lagi senang, tapi aku buat 2 chamber jee.(x ckp ruang)



    Progress report!Pernaik bata jee.


    Antara paip2 diperlukan utk sand gravel filter.


    Talam ni aku guna utk tahan batu granit drp jatuh ke dasar.


    Cam ni ler rupanya.belum dimasukkan talam dan batu&pasir2...ada lagi paip utk blower tu.


    baru pasang paip utk settling chamber


    mem besar buat "site visit".


    16 Dis 2009 - mostly kerje2 menyimen dah nak settle, cuma nak repair mana2 yg tak rata jee.


    17 Dis 2009 - Akhirnya aku berjaya meletakkan wall yang beratnya dekat2 80kg!!! sorang2 tuuu! Aku pun tak percaya aku boleh letak benda ni.



    Akhirnyaaaaaa............

    Bagaimana membuat lantai pebbles wash

    Acheron nak beri tip bagaimana utk membuat lantai pebble wash. Bagi sesiap yang berminat untuk mencantikkan lagi rumah anda!!

    1. Mula2, pegi kedai.
    - Beli pebble stone saiz: 5 ok, saiz 8 besar sikit batunya (terpulang pada saiz dan minat anda)
    - Beli simen
    - Berus sabut
    - Kain buruk
    - baldi bancuh simen
    - alat2 perata simen


    2. langkah2 :

    a. masukkan air paip sebanyak 1/3 baldi
    b. gunakan alat perata simen/ utk memasukkan simen ke dalam air.
    -caranya : ayakkan supaya simen tak berkumpul setempat.
    c. masukkan simen sehingga anda nampak air meresap ke simen. tambah lagi simen sehingga tutup air yang meresap tu.(jangan banyak sgt)
    d. ok, tunggu dalam 5 minit kemudian kita gaulkan simen tu biar sebatu (biar jadi macam doh)
    e. Kemudian, campurkan pebbles tu dan gaul sehingga sebati.( jumlah pebble adalah sehingga anda nampak macam simen dah cover secukupnya pebbles tu)

    Siap utk prosesnya.

    3. langkah seterusnya.
    a. taburkan pebbles yang dah bercampur simen tu ke tempat yang nak dibuat. ratakan sehingga penuh (Jangan tebal sangat, dalam 3mm-7mm saja dah ok)
    b. tambah mana2 tempat yang nampak berlopak.
    c. biarkan selama 2 hingga 3 jam. (kalau panas terik, sejam dah ok rasanya..maknakata jangan pergi mana2 laa, nanti keras pulak simen tu)
    Tips: kita boleh ke langkah seterusnya apabila simen tu agak keras, mampat tapi belum kering sepenuhnya.
    d. Alirkan air dan gosok dengan berus sabut dengan perlahan2. Selain berus sabut anda juga boleh guna berus kasut. gosok sehingga simen tidak kelihatan pada atas pebble tersebut.
    e. Setelah selesai kerja2 menggosok, ambik kain buruk dah tekap pelan2 utk absorb lebihan air.
    biarkan kering dan kerja anda siap.....

    Tips : jangan buat diwaktu malam

    Ini hasilnya :)





     
    SELAMAT MENCUBA

    Tuesday, February 1, 2011

    Kereta LIMO yang terlampau





    Agak pelik gak lah moto limo nie....

    Kereta perang ke apa nie??




    Yang nie pun betul-betul buat Acheron rasa pelik....Limo dari TEXAS

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...