klik disini

Tuesday, February 22, 2011

List 10 Orang Terkaya Di Malaysia 2011 Yang Di Register

Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan kerajaan pegangan ekuiti bumiputera dalam pasaran modal kini mencecah 22% berbanding sasaran 30%. Bumiputera adalah penduduk majoriti Malaysia tetapi ketinggalan dalam bidang ekonomi. Majoriti pegangan ekuiti 22% adalah dari agensi bumiputera yang diuruskan oleh kerajaan seperti PNB dan Tabunghaji. bukan dari pegangan individu.
    Ada orang kata bangsa Cina lebih mahir berniaga kerana mereka tidak diberi hak untuk bekerja dalam sektor awam tetapi diberi kebebasan untuk berniaga jadi semenjak kecil telah dididik dan hidup dalam suasana berniaga. Orang Melayu diberi kebebasan bekerja dalam sektor awam jadi mereka dari kecil dah rasa selamat pekerjaan sentiasa menanti mereka. Orang Melayu sibuk berpolitik sehingga apa juga aktiviti atas muka bumi ini akan dipolitikkan tak kiralah di pejabat hinggalah di mana-mana.
    Berikut senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2011 mengikut pegangan ekuiti dalam pasaran modal :

    1. Robert Kuok – RM50.04 bilion
    2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
    3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
    4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
    5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
    6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
    7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
    8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
    9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
    10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion

    Hanya 3 orang bumiputera tersenarai dalam kategori 50 terbaik Selain Tan Sri Mokhtar hanya Tan Sri Azman Hashim (RM3.93billion) dan Datuk Mokhzani (RM1.6billion) usahawan Bumiputera yang terselit di kalangan puluhan usahawan Bangsa Cina yang tersenarai antara yang terkaya di Malaysia. Budaya cemburu dan suka lihat orang yang berjaya jatuh hilang dalam hidup orang Melayu hendaklah dikikis jauh-jauh

    Sumber: Pelbagai

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...