klik disini

Monday, April 4, 2011

Manusia Boleh Menyelam 202 Meter tanpa Alat Pernafasan



Dia digelar Manusia Ikan kerana kemampuannya menyelam 202 Meter tanpa alat pernapasan. Namanya adalah Guillaume Nery seorang penyelam yang menyelam tanpa menggunakan alat pernafasan.

Di bulan Juli 2010 lalu, Guillaume Nery telah memecahkan rekor dunia menyelam tanpa alat bantu pernafasan hingga kedalaman 200 meter lebih. Aksinya ini dilakukan di Dean Blue Hole sebuah lubang bawah laut terbesar di dunia yang terletak di barat, Bahama.


Rekod dunia menyelam tanpa alat pernafasan dipecahkan pertama kali di tahun 2002 di pelabuhan Villefranche-sur-Mer, di Alpes Maritimes, Perancis.Saat itu Nery menyelam hingga kedalaman 87 meter. Kemudian pada tahun 2004 di Saint Leu, La Reunion, Nery mampu menyelam hingga kedalaman 96 meter. Pada 6 September 2006 dia berhasil mencapai kedalaman 109 meter.



Namun di bulan November 2007 rekodnya dikalahkan oleh Herbert Nitsch yang mampu menyelam hingga kedalaman 112 meter. Pada 3 Julai 2008, Nery berhasil mengalahkan kedudukan Herbert Nitsch kerana dia mampu menyelam hingga kedalaman 113 meter.

Dibulan Julai tahun 2010 pula, Nery mampu menyelam hingga 202 meter tanpa menggunakan alat pernafasan. Suatu rekod dunia yang belum boleh dilakukan oleh orang lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...