Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco, lapor sebuah akhbar semalam.
Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.
Dia kelihatan mengisi minyak kereta buatan Perancis itu di Chelsea.
Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.
Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana ia mengikut pasaran semasa.